AKU DAN KEHITAMAN

Pagi Ahad
lalu(aku xingat tarikh brape hb yg aku ingat raya haji ke-4). Sebab itu time
aku letih gile dan terbongkang-layu di atas katil setelah pulang dari Futsal(dgn
bebudak skolah dulu) dan disambung sesi melepak2 kat Mapley sambil meng”karate”
Mee Goreng + Teh O Ais Limau disamping Live Liverpool vs Portshmouth betul2
membuatkan aku lupa pedoman samada hari masih malam ataupun sudah pagi, aku
pulang tepat pukul 3.00A.M.

 Pepagi lagi
Bibik Noni buat bising kat bilik gua ntah apekejadah yg dibebelkan gua xambik
pot. Isk2 kecoh btul laaa Mokcik Jawa sekor niiii, yang aku tau dia datang
mengutip baju aku yang bersepah terlipat kemas atas lantai bilikku ntuk
dibasuh. Lalu dihulurkan satu ayat soklan power kepada aku yang sampai ke malam
ni terngiang2 kat telinga aku ”kok kenapa kamu ini??? pakaiannya suma hitam2
belaka???…..kaloo pakai yang colourfull kan lagi bagus nampak lebih ganteng
gitu??” hah ape?? Tersentak jugak gua itu time seraya bangun dan aku xde jawapn
yang bernas ntuk soklan cepumas itu. Time ni Bibik dah blah berlalu dengan
bebelannya.Image260_1

Banyak soklan2 cepumas lain menerawang ke kepala otak aku, Lalu aku
pon terpikir kenapa sejak beberapa tahun kebelakangan ini pakaianku(especially
T-Shirt) sumanya colour hitam?? Kenapa aku obses sekali dengan hitam?? Adakah
hitam itu ayu?? Bagaimanakah hidup aku kalo xpakai T’s Hitam?? Pernahkah anda
mendengar iklan ayat ini kat TV ”Hitam Itu Nampak Kemas, Menawan..Bermakna
Tiada Lagi Kelemumur, Nama saya Rain” Aku tidaklah bergitu naif untuk
mengatakan hitam itu Menawan. Kenapa nafsu time shopping(nak muntah guna
perkataan ni) membeli pakaian  tidak
memilih colour orange, hijau muda, kuning, biru kundang, putih mutiara atau
lebih ngeri lagi color Pink??

Fakta Menarik:
Color Pink adalah color yang sangat diminati oleh kaum yang berlawanan jantina
dengan aku. Juga menjadi warna favourite satu lagi kaum yg digelar Abang Apok
a.k.a Bapokkk!!!!!

 Kapala otak
semakin bercelaru dengan soklan2 cepumas yang menerawang muncul, lalu dengan
seraya aku melakukan bedah siasat ke atas almari pakaianku WTF?? Suma baju aku
color hitam except baju Raya (Baju Melayu) yang aku pakai setahun skali sejak
beberapa tahun kebelakangan.Image266
ini dah bullshit getus hatiku? Dimanakah color2
lain dalam hidupku? Aku terus melakukan bedah siasat dan akhirnya terjumpa satu
Baju Hard Rock Cafe yg colornya blue black(hitam lagi) xkisahla yg penting ada
color lain. Itu pun abang aku yang beli kat Taiwan beberapa tahun lalu,
arrrghhhh aku xpuas hatiii sbb bukan aku yg beli.Apa sudah jadi kepada hidup
aku? Kenapa aku di surrounded dengan kehitaman? Adakah aku sudah perlahan-lahan
diserap oleh kuasa Jahat Dark-Side dan diriku bakal berubah menjadik Darth Vader tidak
lama lagi?? atau lebih horror bertukar terus menjadik Gaban Bertopeng
Hitam???

 

PS: akhir2 ni aku ponn pelik apsal waktu tidurku tidak mengikut jadual biasa malah lebih parah lagi bila tibanya weekend/hari cuti umum(ini time ramai bebudak jahat mempengaruhi hidup aku dengan aktiviti buang masa dan tidak sihat ), benda ni akan memberi efek apabila aku kembali ke office dlm kata lain mutu kerja aku menjadik tidak produktif, PHP coding aku menjadi barai, entah dimana function & logicnya juga error bersepah2..Adakah ini juga efect awal dari obses aku terhadap kehitaman???

One Response to “AKU DAN KEHITAMAN”

  1. ayuzaff Says:

    black is beauty…

Leave a Reply