DISTRIBUSI UBUNTU 7.10 LINUX AKHIRNYA TIBA DI RUMAH GUE

Ubuntu 7.10

Pada (ahem) 17 November yang lalu ada satu bungkusan tiba. Gua saspek bom ke hape, namun ianya adalah cd Ubuntu yang gua sambil lewa order beberapa bulan nan lalu. Dihantar percuma oleh Canonical Ltd (yhaa adik-adik, secara percuma).

Linux Distribusi baru ni dah lama gua teringin nak testing, tapi gua hawatir kalau-kalau ianya susah dan bisa bagi kong laptop akak gua yang semengahnya enggak bisa menjalankan aktivis2 yang berat. Dari bacaan gua, Ubuntu ni, kalau kita suruh Mak Temah install sekalipun, beliau akan berjaya kerana ia terlalu mudah. Dan otak gua senang naik nyilu kalau nampak coding banyak-banyak.

Pagi ahad nan lalu, setelah mengenakan bandana Rambo, pisau tersisip di kaki, gua memulakan proses menginstall Ubuntu di laptop gua.

Mula-mula gua shrink volume dalam Vista untuk bagi satu partition baru untuk Ubuntu. Dalam Vista semudah itu je nak buat partition pakai Disk management. Harem je. Dulu gua ingat susah. Bila dah setel, gua cucuk cd Ubuntu dan restart. Gua mula saspen.

Sementara menunggu restart gua baring atas katil. UbuntuTak sempat capai bantal..
Pling!!
Dah setel. Ubuntu is running dalam laptop akak gua. Magis sungguh.

Ubuntu screenshot

Ubuntu akan terus run Live CD ke apa jaddah namanya bila kita cucuk cd tu. Gua pun men-testing apa-apa yang patut.

MP3 dia tak bleh main, DivX apatah lagi. Fail-fail .doc gua berjaya dibuka dengan cemerlang oleh Openoffice.org. Tapi openoffice.org tu tak berapa stable dan crash beberapa kali. Gambar-gambar semua berjaya dibuka. Gimp pun ada sekali. Desktop dia lebih excellent dari segi penggunaan ruang. Dan gua nampak banyak potensi untuk gua ejas sana sini.

First impression gua - Ibarat ternampak coin-slot dengan tona kulit yang cerah.

Dengan konfiden gua ketik ‘Install’. Time install banyak jugak halnya.

Sampai gua naik panik. Ubuntu tak address partition-partition pada hardisk gua dengan nama-nama yang gua dah assign. Dia tulis nombor je. Gua jadi tak keruan. Maka gua serkap jarang je partition yang mana satu gua shrink khusus untuk Ubuntu ni dan tekaan guaUbuntu2 mengenai sasaran.

Lepas tu installer Ubuntu ni akan format partition tu dengan format apakejaddah gua tak pernah jumpa, ek1 ke apa namanya. Format ini, Vista harem tak kenal. Tak keluar langsung kat explorer.

Lepas tu dia ada tanya macam-macam yang gua tak paham, gua bantai yes-yes-yes je semua sekali. Ubuntu juga ada menginstall sekali bootloader dia sendiri dan bootloader tu fight ngan Vista punya MBR dan Vista tewas. Bila boot, Ubuntu punya bootloader yang keluar dulu. Paling excellent, dia dapat detect sekali gua punya Windows XP punya installation. Dan semua ketiga-tiga OS yang ada dalam laptop gua ni, dia dapat detect.

Emm.. champion gak Ubuntu ni.

Setelah jatuh beberapa keringat sebesar biji jagung kat keyboard, barulah selesai. Kompiter gua skang running Linux. Paling magic, dia pakai kurang dari 200mb ram menyebabkan gua semakin teruja.

Lepas ni gua akan try connect Ubuntu ni ke internet pakai Streamyx. Kalau sakses, gua akan post entry pertama dari Linux.

ps: Kalau semuanya berjalan lancar, Q3 2008 gua akan convert 100% ke Linux.
Apa nak jadi, jadi ler…gue sudah fed-up dan seraya tidak tartahan dengan produk2 dari Uncle Bill Gates yang sememangya mencekik darah manusia2 seluruh dunia

2 Responses to “DISTRIBUSI UBUNTU 7.10 LINUX AKHIRNYA TIBA DI RUMAH GUE”

  1. Mohamosu Says:

    Tahniah gua ucapkan sebab berjaya menginstall ubuntu di dalam laptop tue… Aku x pasti laa spec utk laptop tue. Tp ku rekomen ko install sekali compiz & aku pasti ko akan lebih teruja…

  2. hasanimohd Says:

    wakaka gua ponn dah try yg version dulu kalo xsilap 5.10 masa tu tawon 2006…tapi semenjak rumah gua koneksi internetnya ponn suda bagus lancar gitu….jadik ada patut jugak gua mencuba opensource

    BTW version terbaru UBUNTU *IPAP <—- tukar * dgn C….serius ade try google kalo xpercaya, ni distribusi baru jugak la

Leave a Reply